Saya baru sahaja selesai membaca satu lagi buku tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Tak tahu kenapa, tetapi setiap bukunya pasti akan meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam hati saya. Bukunya ringkas, mudah difahami dan straight to the point. Kadang-kadang buku yang ringan ni lebih besar kesannya daripada buku yang berat dan kelihatan hebat. Setiap bait ayatnya saya rasakan seperti pesan dari seorang ayah. Makin lama saya makin mengagumi beliau. Ingin jadi seperti beliau. =) (Ok, find saya perempuan dia lelaki..huhu)
Voucher buku RM200 masih belum saya sentuh. Tak pasti buku apa yang perlu dibeli sebab ada sebarisan buku yang masih belum dibaca. Baca pulak selang seli, lompat sana sini. Ikut mood. Tetapi hati saya berbunga-bunga dan sangat bersyukur bila lihat perubahan diri saya yang semakin suka membaca. =p Ye, saya dulu tak suka membaca, malas, banyak alasan. Beli buku perap buat harta simpanan, bajet buku tu emas, makin lama simpan makin naik harga. Haih..
Membaca juga banyak mengubah cara saya berfikir. Terlalu banyak yang saya dapat daripada buku-buku yang saya baca. Kadang-kadang rasa nak menangis (menangis gembira lah..he) sebab jumpa benda-benda yang tak pernah kita terfikir selama ni.
Membaca juga mempengaruhi corak penulisan saya. Yang peningnya, saya seperti sedang mengalami kecelaruan gaya menulis. Sebelum ini saya lebih santai, bahasa pun campur-campur. Tambah pulak ‘hikhik’ la, ‘huhu’ la, ‘haha’ la. Jadi tolong maafkan saya. Saya budak (budak lah sangat) masih belajar.
Paling saya tidak sangka, saya tiba-tiba terminat bidang penulisan. Saya rasa daripada penulisan banyak yang boleh kita sampaikan. Tidak kira apa perkara pun, semuanya bermula dengan menulis. Ya, seperti peristiwa Nabi di Gua Hira’.
apakah tajuk buku ustaz parol tersebut?hehe..
saya sudah abiskan baucer buku tu. seronok dpt shopping buku!jom sama2 doa dapat baucer macam ni lagi untuk tahun depan =)