Beberapa hari lepas, seorang kawan saya datang bercerita dengan saya, yang dia dapat rasakan tuhan sayangkan dia, sebabnya setiap apa yang dia niat, dia mesti dapat.. Sampaikan dia nak cari calon teman hidup yang kerja kerajaan pun dia dapat. Bila dia ulang sekali lagi ‘tuhan sayangkan dia’, saya hanya jawab, Allah memang sayangkan semua hambanya, bersyukurlah.
Apa yang kawan saya ceritakan tu, memang terkesan juga diminda saya untuk beberapa hari. Setiap orang ujian keimananya berbeza, kalau kawan saya tu dapat setiap apa yang dia niatkan, saya tak rasa saya mempunyai nasib yang sama macam dia. Tak semua benda yang saya nak, saya impikan, saya akan dapat. Tapi saya tetap bersyukur dan yakin dengan apa yang ditetapkan untuk saya.
Bila kita hidup dengan pergantungan pada tuhan sepenuh jiwa kita, redha dengan setiap ketentuanNya, tidak kira apa bentuk ujian.. InsyaAllah hati kita akan tenang.
Tapi untuk memupuk jiwa yang sentiasa redha dan ikhlas, bukan perkara senang.. Syurga Allah tu bukan murah harganya.. Berusahalah!
ya betul tu… setiap org Allah bagi dugaan dan nikmat dlm pelbagai bentuk.. yg penting kene cara kite hadapi nikmat atau dugaan tersebut…
Dyan, terima kasih. (Kalau dekat FB nak ‘like..=)..)