Sambung Master/Ijazah Sarjana – Siri II

Setetah melihat response dari entry Sambung Master/Ijazah Sarjana, yang bertarikh 19 January 2008, akhirnya saya akan menulis siri dua entry tersebut. Untuk melihat entry lain yang berkaitan boleh rujuk page ini

4 tahun yang lepas, saya sebagai fresh graduate yang penuh tekad dan semangat, telah mendaftarkan diri sebagai pelajar sarjana/master by research di Universiti Malaya. Pada masa tu saya rasakan, saya telah menyediakan mental dan fizikal saya dengan cukup rapi dan juga bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja kesusahan dan kepayahan yang bakal mendatang. Pada peringkat awal juga, saya cukup yakin saya mampu menghabiskan master saya dalam masa paling lama 2 tahun. Pada masa tu saya mendapat offer sebagai RA. (boleh rujuk entry ini). Kemudian saya mendapat tawaran biasiswazah UM, seperti entry ini dan dengan bangganya saya menolak tawaran tersebut kerana halangan yang tidak mampu dielak.

Dalam masa yang sama, UM banyak mengubah syarat-syarat untuk lulus master seperti perlu ada journal publication. Ini
merupakan syarat baru bersempena mengejar status universiti terbaik. Tekanan diberikan pada pensyarah-pensyarah dan akhirnya dilampiaskan kepada pelajar. Penulisan Articel Journal yang berimpak factor (ISI cited) bukanlah satu perkara yang mudah. Tapi nak tak nak terpaksa juga diturutkan. Dengan berbagai dugaan, halangan, sedih, kecewa, down, air mata, ntah beberapa kali saya give up dan berniat untuk quit. Tekad cari kerja lain, pergi interview sana sini. Tapi kecewa. Memang nasib saya di situ agaknya.

Setelah dua tahun berhempas pulas di UM (rupa-rupanya master ni tidaklah semudah yang saya jangkakan, nampak mudah dan simple tapi prosesnya panjang dan rumit), kontrak RA saya dah tamat tempoh. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi saya, saya terus dapat tawaran tutor di UTM Skudai. Gembira tak terkata. Pada masa yang sama, saya berazam untuk habiskan master saya tu juga. Walaupun ada juga terlintas, nak stop je terus. Tapi memandangkan saya akan meneruskan kerjaya dalam bidang akedemik dan research, jadi perlulah diteruskan juga.

Malangnya, tidak semua yang kita rancang tu akan berlaku. Saya terkandas di tengah jalan. Atas perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan dan demi masa depan saya yang lebih terjamin dan menjaminkan, saya rela quit. It was not an easy decision. Memang controversial di dua-dua universiti. Terglemer sekejap. Habis namaku dijaja.

Dan kini, saya dengan semangat dan azam baru. Memulakan kembali master saya di UTM dengan tajaan SLAB, sekarang semester 1. Bidang yang lebih kurang sama, application berlainan. I’am very happy now dan sangat bersyukur dengan my current supervisor (sv).

So, pesan saya bagi yang baru ingin memulakan pengajian master mereka,

PERTAMA, pilihlah supervisor yang betul. Sekarang ni issue supervisor sangatlah diperkatakan disana sini. Study latar belakang dia dahulu. Sebabnya, supervisor nilah penentu masa depan master kamu. Bila dah pilih tu, kena belajar macamana nak deal dengan supervisor. Jangan mudah melatah dengan menukar supervisor. Cuba usahakan untuk cari bidang yang sama. Jangan diluar bidang, nanti kamu yang merana. Kalau ada co-supervisor yang sama bidang, then should be ok.

KEDUA: Cuba banyakkan cari maklumat dan ambil course research methodology before kamu sambung belajar. Antara syarat untuk SLAB kena ambil kursus ni. Lepas ambil kursus ni, baru saya tahu master saya selama ni sampah er.. cam tak patut pulak.. menghampiri sampah kot. Tunggang langgang, ntah hape-hape. Masa tu tak quit lagi dan mula rasa nak quit. Cuba search apa yang perlu kita tahu dalam research methodolgy (RM). Kadang-kadang silibus yang diajar tak ikut yang sepatutnya, macam saya di UM dulu. Kena ambil RM, tapi tak tau apa input yang saya dapat. Kursus wajib pulak tu untuk graduate master.

Macam susah je kan nak buat master. Master by research susah sikit kot. Takda yang senang. Kalau ada orang kata senang tu, nasib dia baik sangatlah tu. Maybe dia pakai jampi serapah. haha.. Taklah, rezeki.

Walaupun saya tidak dapat segulung ijazah sarjana, tapi bagi saya saya telah pun graduate master cuma tanpa segulung kertas. Pengalaman itu terlalu berharga.

 Sekian.

To be continued…

Advertisement
This entry was posted in Master/Ijazah Sarjana and tagged , , . Bookmark the permalink.

44 Responses to Sambung Master/Ijazah Sarjana – Siri II

  1. Mohd Naim says:

    panas berapi!!!! huahahaha!!! aku pun terasa nak tulis pengalaman aku jugak lah…huhuhu!!!

  2. huhu,stil dlm dilema gk,, dah aplly master by courswork, tut2 dr. cal offer by research,then dye ckp once da apply by courswork yuran pendaaftaran kene byr utk courswork br le tkr ke research…,balnce akn burn gitu jek..huuu..selalu tuk pndftrn brpe yer?at the sme tme,dye akn bg gaji tk byk mne lm rm500 sbln ,then law mntk biasiswa siswazh leh lm 1200,tp nk tnye pndpt brigtnur la,sejauh mane kesusahan master by courswork dgn by research,which one is more better?

    • Anonymous says:

      dr pembacaan sy cousewrk lg mdh tp ms pj+exam byk la pulak…..pch kpla mau bc buku….tp bg org yg cerdik, no problem la..huhu

  3. Anonymous says:

    By coursework lg better compare dgn research..saya guna case study di tempat kerja untuk complete kan final thesis/project paper utk complete kan master di uia..lebih advantage kerana guna actual industry case.

  4. KS2401Q says:

    Saya sekarang bertugas di UM, tapi UM zalim, kejam, tk dibayar gaji, hanya dpt elaun ciput je tanpa sebarang faedah lain seperti KWSP, perubatan dan lain2.

    Saya ada Master dan telah berkhidmat di UM setahun…..saya tau Master tk akan dilantik, tapi mengapa saya tk ditawarkan kontrak dan dibayar gaji?

  5. Anonymous says:

    ambil master by courseworklah..senang lagi.

  6. ju says:

    fuhh…sgt mncabar ye master by rsearch ni..smua sgt mmpngruhi..wlpun byk sgt rntangan..kerna slab akan kugagahi jua..(cewah3 ;) )b4 ni as a RA..br je as a student nih..tp yg bestnya income RA+slab..mmg best..rezeki ALLAH s.w.t..smoga cpat hbiskan master scepat mngkin dgn cmerlang la…hopefully sgt..gudlck kt kngkawan jgk ;) )

  7. brightnur says:

    master by course lagi senang kot.. InsyaAllah habis ontime.. By research parah sikit.. tapi bile nak buat phd, InsyaAllah, pengalaman time research master tu sangat beharga…

  8. solyhah says:

    hai sis :) .
    do need suggestion.
    sy dpt offer utk master by research di um, tp skang tgah blur smaada nk smbung or x. bile bace entry ni, rasa ngeri pulak. errr cane ek ?

  9. ju says:

    insyaALLAH kn ada minat :) by rsearch or crsew0rk ada baiknya..do the best..

  10. Anonymous says:

    sabo je la……..bercita2 utk dpt DR kt dpn mmg sng tp jlnnya 2 yg pyh…….lbh2 lg klu dh kawin….huhu…so pd sp2 yg blum kawin 2, ltk la azam utk smbg bljr……..huhu

  11. katapadu says:

    salam. sedang berfikir untuk sambung master.
    nice sharing.

  12. Anonymous says:

    hahaha… Master aku yang dah nak sipa hiang bersama hardisk yang rosak. Bulan Nov 2011 ni sem last lak tue. Sapa yang nak sambung master.. saya cadangkan amik kelas la. Panik dah ni.. Tak habis la master aku.. Progress Report pun takut nak hantar. ha3x….

  13. me says:

    nak sambung master gak,tp nak tggu keadaan stabil dl :-)

  14. Pingback: Adab dalam research | Brightnur :: Learn From Experience

  15. nurulhanis says:

    kak brightnur, saya pelajar sem akhir. skrng ni kan kemasukan peljar dh berubah, kalo dulu mereka masuk bulan 7, tpi skrng bln 9. plajar mster pn masuk bln 9 jugk. kalo saya ni abis blaja bulan 1, bulan berapa n g mohon master ni… saya nk thu bila biasanya trikh pemohonan master, untuk research dgn coursework?

    • brightnur says:

      Nurul hanis: untuk apply master by research takde tempoh.. anytime boleh apply.. and kemasukan pun anytime.. tak kesah masuk sem 1 or sem 2.. awal sem ke, tgh sem ke, hujung sem ke.. semua boleh.. cuma sebaiknya masuklah awal sem.. supaya tak rugi masa.. bila kite dah dapat surat tawaran.. kite biasanya diberi tempoh untuk mendaftar.. ade sesetengah univ 1/2 tahun.. ade yang setahun.. kiranya surat tawaran kite tu valid setahun.. daftar lah bila2 dalam tempoh setahun tu..

      klu by course.. kene tgk bila dibuka.. bergantung pada univ.. kena rajin bukak website postgrad univ yang hanis nak masuk tu..

      • nurulhanis says:

        oooo… ok kak brightnur… trma kasih balas komen saya…:-)

        • brightnur says:

          You are most welcome hanis! =)

          • nurulhanis says:

            kak brightnur, saya ada soalan lagi. soalan saya, slab/slai tu sbnrnya merupakan tajaan dri KPT kn? bkn under ipta kn? untk pensyarah aje ke yg boleh mohon? ssh x nk dpt slab ni? wajib ke ade keputusan ujian Bahasa Inggeris TOEFL / IELTS ? lgi satu, akak prnah dgr x pasal mybrain15? mybrain ni, biasiswa jgk kn untk smbng master… kt mana lgi sya boleh cri biasiswa?ssh nye…

  16. brightnur says:

    Nurul hanis: Terima kasih atas soalan. Saya cuba jawab ye.

    1. slab/slai tu sbnrnya merupakan tajaan dri KPT kn? bkn under ipta kn?
    - Ye, die under KPT dan diselia oleh IPTA. Maknanya, apply melalui IPTA, lulus peringkat IPTA baru dihantar ke KPT.

    2. untk pensyarah aje ke yg boleh mohon?
    - Pensyarah memang tak mohon kot, sebab dia dah jadi pensyarah. hehe.. Slab ni bergantung pada universiti, ada univ yang open pada sesiapa sahaja, ada universiti yang open untuk staff dalaman sahaja, seperti utm. Yang ni, hanis kena tanya setiap universiti tu sendiri, macamana sistem diorang.

    3. ssh x nk dpt slab ni?
    - Hmm.. susah nak cakap susah ke tak.. Sama je peluangnya macam scholarship lain. Cuba je, tak perlu fikir susah ke tak. Ada rezeki tak kemana.

    4. wajib ke ade keputusan ujian Bahasa Inggeris TOEFL / IELTS ?
    - Yang ni, saya tak pasti. Tapi kalau di UTM, TOEFL/IELTS hanya perlu jika nak ke luar negara. Dalam negara tak perlu.

    5. lgi satu, akak prnah dgr x pasal mybrain15? mybrain ni, biasiswa jgk kn untk smbng master… kt mana lgi sya boleh cri biasiswa?ssh nye
    - Ye, itu adalah biasiswa untuk master/phd. Hanis, jangan selalu sebut susah, nanti susah betul jadinya. =) Bertanya macam ni satu cara yang baik. So teruskan mencari maklumat k. Nak cari biasiswa ni, boleh pergi ke web Mosti ke, KPT, website bahagian pengajian siswazah setiap universiti pun ada listkan biasiswa yang ada.

    Macamni, saya cadangkan kalau hanis betul2 nak sambung, cari je tempat dulu, cari supervisor. Bila bincang dengan supervisor tu, bgtahu dia yang hanis perlu cari scholarship, mungkin dia boleh bagi cadangan dan membantu.

    • nurulhanis says:

      ooooo…. trima ksih akak brightnur atas jawapan yang diberikan. saya x tahu nak tanya sape lagi. saya rasa dah bersmngt, saya x akan putus asa untuk cari scholarship. trima kasih. saya ingt nak amik mix mode. courework+research, bagi program sains(math)/statistik ,kalo mix mode xperlu cari supervisor kn? skrng ni saya tgh sdng mngisi borng prmhnn untk smbng master.

  17. Zul says:

    Nak tnya jgk…. Master UTM kalau by research apa syarat2 untuk grad? berapa conference kena hadir? berapa journal kena publish?? Buat master by research ni tak la tensen sgt…. tp kalau main dengan mesin asik rosakk (especially kat UTM ni..) mmg berasap kepala… tenkiu

    • brightnur says:

      Zul: Terima kasih atas soalan. Student/Staff UTM ke? Kalau tengok syarat atas kertas, perlu sekurang2nya 1 conference kalau tak silap saya. Tapi yang biasa dengar kena ada satu journal article. Accepted or tidak saya tak pasti juga, kalau tak silap submit dah ok dah.

      Sorry, saya tak sure sangat sebab saya sendiri dah letak syarat untuk saya grad, and syarat tu memang melebihi syarat2 UTM.. (Saya sendiri confius dengan syarat2 UTM).. Dan lagi satu, biasanya semua ni terpulang pada supervisor.

  18. no name says:

    Brightnur tul tu,sy penah belajar kt um penghujung 90an,ada setengah pensyarah pandang rendah pada pelajar melayu kita walau pun dia sendiri bukanya cemerlang sgt sbb org melayu dulu2 dpt klas ke 3 pun leh sambung phd,terutama dibidng sains dan kejuruteraan.dah la ramai pensyarah bukan melayu lagi merumitkan. Zaman sy markah bergantung kepada peperiksaan akhir shj tidak ada kerja kursus,itu untuk ijzah pertama, untuk master lagi la susah entah apa dia org pikirkan bukan nk produce orng melayu ramai2 beljajar keperingkt tertinggi ni menutup periuk nasi.kesannya ramai org cina sambung master kat um,terutama bidang sains dn kejuruteraan.bila diperkenalkan kursus coursework ni baru ramai org melayu buat master sbb lebih senang.supervisor sgt penting bila nk buat master sy setuju,sy pernah dpt supervisor seorang profesor cina, selama setahun menjadi RA beliau,profesor yang sgt baik, cuma rezeki tidak menyebelahi sy, sbb sy dr keluarga miskin tk mampu untuk belajar master memandangkan adik adik sy ramai lagi masih belajar waktu itu memaksa sy untuk berkerja.

  19. Anonymous says:

    maaf ye kak, sy rase cm kenal je your previous sv. Kat biomedical engineering um kan?

  20. Bas says:

    salam,
    ade spe2 yg penah atau sedang smbung master by coursework dkt UM atau UTM dalam mekanikal engineering? nak tnya review.

  21. xoxo says:

    salam,
    terjumpa ur entry while feeling down nk quitting my master..yup..its not easy nk wat master esp by research!n lagi ada anak kecik..i tot it’s easy at 1st..siap i resign keje lg..now tgh kuatkn semangat but still berbelah bahagi..huhu..btw i’m in upm..

    • brightnur says:

      Salam, u really need to find somebody yang boleh build up balik your spirit.. Tgk balik punca2 masalah tu.. mustahil untuk solve or tidak.. or maybe u can tell here.. we can try to see the problem together.. =)

  22. Anonymous says:

    Kak, terima kasih sudi berkongsi pengalaman kepada kami semua.

  23. sakura says:

    salam..nak tanya:
    1) yg pasal research methodology tu kita kena amik subject tu kan time nk smbung master?
    2) tajuk tuk research tu kita kena cr sndiri or bincang ngan lecturer?
    3) if seseorang tu CGPA dia ok but thesis degree dulu x la ok sgt still leh wat master x?
    sgt2 nk tau!! thanks ^_^

    • sakura says:

      sori for Q1 not kan tp ka..

    • Brightnur says:

      Sakura:

      1. RM tu mmg subject wajib (kebanyakan universiti). Ditawarkan semasa pengajian, ambil samada sem 1 atau sem 2. Tapi macam saya di UTM, saya dah ambil kursus ni (Kursus 10 hari) sebagai pra-syarat untuk mohon SLAB. So saya boleh dikecualikan ambil kursus ni semasa dalam tempoh pengajian master.

      2. Sebaiknya cari sendiri kemudian bincang dengan sv (supervisor). Jika sv setuju then ok lah. Kalau tak dia akan ubah2 sikt ikut kesesuaian or bagi cadangan lain. (Pesanan: Jangan sesekali jumpa sv dengan tangan kosong)

      3. Syaratnya mmg CGPA je, jarang orang tengok project masa degree dulu.

      Ok goodluck Sakura. Harap dapat membantu.

  24. syuri says:

    huhuu..salam…kalo la sy ley wat kputusan cam ni..quit master kt um n smbg blaja kt universiti mse wat 1st degree…huuu:(..sy mmg nk jd lec..so sy mmg kne smbg blaja..but keadaan kt cni mmg mencabar..nk quit da trlambat coz amik biasiswa..huuuu…cgt stuck..xtau nk wat ape..keja dh ciap tp sv xlps2..huu..merana

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s