Bantulah.. Berilah..

Anda mungkin pernah rasa begini atau sedang mengalaminya: Hati tidak tenang, terlalu memikirkan sesuatu perkara sehingga benak kepala tak mampu berfikir lagi, hidup seperti menemui jalan buntu, banyak yang anda nak buat tapi masa kononnya sangat cemburu dengan anda.

Ya saya tahu, anda tidak stress, anda rasa yang anda tidak stress. Cuma hati kurang tenang. Dalam hidup ni jika kita meletakkan keyakinan yang tinggi pada ketetapan tuhan, hati kita akan redha dan ikhlas dengan apa sahaja yang sudah tertulis untuk kita (setelah kita usaha yang terbaik). Tapi, untuk dapatkan yakin dan kemudian ikhlas itu bukan mudah, -syurga tu kan mahal harganya-

Puas sudah kita berdoa mohon pertolongan dari tuhan, tapi begitu juga. Pasti ada yang lompang dimana-manakan?

Apa kata mulakan dengan ini,

BANTULAH dan BERILAH pada sesiapa sahaja tanpa mereka minta. Berikan senyuman. Berikan rasa bahagia bila mereka bersama kita bukan dengan menunjukkan muka marah, stress dan dahi berkerut seribu. Berikan kata-kata yang baik yang manis. Bantu selesaikan masalah mereka jika kita mampu, walaupun mencari syiling sepuluh sen yang hilang. Berilah telinga anda untuk mendengar keluhan atau kebahagiaan yang ingin mereka kongsikan. Berilah pada email-email, surat-surat, blog-blog yang datang mohon sumbangan, biarpun sedikit. Tumpangkan mereka walaupun kita tidak kenal (yang diyakini).

Setiap kali lepas anda beri, senyumlah untuk diri anda dan bersyukurlah. Itu rezeki anda. 

Jika tiada apa yang mampu kita buat, doakanlah mereka. Jika ada rakan yang sedang pening dan tertekan dengan keretanya yang asik bermasalah, doakan untuk dia, doakan dengan spesifik. Itu pasti sesuatu yang sangat berharga untuk dia. Tapi ingat, doa itu hanya antara kita dengan tuhan, TIDAK PERLU bagitahu rakan kita. Itu yang terbaik. Keikhlasan kita akan teruji disitu.

Cuba fikir, “Kalau aku dekat tempat dia apa yang aku harapkan”

Dalam apa pun yang kita buat untuk orang lain, cubalah berlatih untuk ikhlas. Kita akan rasa sendiri. Kita akan bahagia dengan membantu dan memberi. Ada satu bonus sebagai pendorong; jika kita bantu orang lain Allah akan bantu kita. Percayalah. Kadang-kadang bantuan itu datang tanpa kita sedar dan mungkin terlalu kecil hingga kita abaikan. Sedang kita serabut memikirkan banyak sangat deadline dalam satu masa, tiba-tiba satu daripada deadline tersebut ditangguhkan. Bukankah itu satu bantuan. Ya, kecil tapi jika kita fikir itu bantuan dari Allah, maka begitulah ia. Carilah hikmah disebalik kehidupan. Kita akan rasa kagum dan rasa tidak cukup dengan ucapan syukur sahaja.

Bila kita terlalu fikir tentang diri kita sendiri sahaja, tentang meningkatkan kebahagian kita sahaja, meningkatkan kewangan kita sahaja, mencapai kejayaan kita sahaja, tanpa fikir orang lain, tanpa kisah susah senang orang lain kita sebenarnya orang yang PENTINGKAN DIRI.

Berusahalah (mujahadah) untuk redhaNya. Jangan putus asa. Buatlah kebaikan dimana-mana sahaja, bila-bila masa sahaja, samada kebaikan pada Allah, pada diri sendiri, pada manusia, mahupun pada alam. Kerana kita tidak tahu diantara kebaikan-kebaikan yang mungkin kecil ini yang mana menjadi insurans kita untuk mendapat redha, keberkatan serta bantuan dariNya di dunia mahupun di akhirat serta yang mana akan diterima sebagai tiket  untuk berjumpa Kekasih kita di Sana nanti.

Pesanan: Jika ada terlintas dihati, takut rasa riak, takut orang kata kita nak menunjuk, takut rasa bangga diri. Please tekan butang “delete” dan katakan pada diri “Biar Allah yang nilai”. Tutup cerita. Tak payah fikir lagi. Selamat berjaya!

Posted in Motivasi, Muhasabah, Pendapat, Tazkirah, Wanita | Tagged , , , , | Leave a comment

“Saya Lemah Bahasa Inggeris”

Minggu lepas saya berpeluang menghadiri satu kursus anjuran Language Academy, “Thesis/Disertation Writing Workshop”. Bengkel selama tiga hari ini berjaya memberikan satu input baru yang sangat berguna pada saya dan kawan-kawan saya. Saya cadangkan jika di tempat anda ada kursus-kursus seperti ini, rebutlah peluang tersebut. Ia pasti  akan sangat membantu perjalanan master anda.

Di sini, saya ingin timbulkan satu isu yang lebih ‘besar’, yang saya lihat sentiasa berlegar-legar dikalangan pelajar melayu (terutamanya).

“Taknaklah sambung master, saya tak pandai English”

Begitulah ungkapan yang mungkin anda pernah dengar. Jika “pandai English” adalah syarat utama untuk seseorang sambung Masters atau PhD, sudah pasti saya tidak akan berada di tempat saya sekarang ini. Saya juga yakin, bilangan cendekiawan serta profesor-profesor hebat di bumi Malaysia ini tidak seperti sekarang jumlahnya.

Kelemahan dalam English mampu memberikan satu impak yang besar kepada tahap keyakinan seseorang individu terutama yang melibatkan urusan komunikasi, tidak kira komunikasi lisan ataupun bertulis. Ia seterusnya turut memberi kesan ke atas usaha pembentukan peribadi dan karier individu tersebut serta ditambah lagi, dengan keadaan orang sekeliling yang hebat Englishnya turut memberi “sumbangan”.

Bagi saya (saya rasa ramai yang setuju dengan pendapat saya ini), tahap kepandaian English TIDAK BOLEH dijadikan syarat untuk seseorang itu melanjutkan pengajiannya (master/PhD). Jika ada, ia adalah satu BONUS. Apatah lagi hendak meletakkan kejayaan seseorang itu dengan betapa hebat Englishnya. Petah tutur Englishnya, hebatlah orang itu? Mana mungkin. TETAPI saya tidak pernah dan tidak akan menafikan English merupakan satu keperluan  penting untuk MELANCARKAN perjalanan pengajian anda.

Perkara yang paling penting adalah ATTITUDE. Apa guna jika hebat Englishnya tapi tiada attitude. Mesti anda pernah dengar, seseorang yang cemerlang semasa degree tidak semestinya akan cemerlang untuk master atau PhDnya. Attitude adalah perkara yang boleh dibentuk dan mampu membentuk. Dengan attitude yang baik dan positif, perkara-perkara positif lain juga akan terbentuk dengan sendirinya. Tak jelas? Ok begini..

Anda adalah seorang pelajar yang komited untuk berjaya. Ingat, anda bukan ingin berjaya dalam akedemik sahaja, tetapi juga berjaya dalam hidup dan kejayaan hidup anda ini adalah pelaburan untuk kehidupan kekal abadi di’sana’ nanti. Dengan matlamat yang jelas ini, anda mampu membentuk attitude orang yang ingin berjaya. Orang yang ingin berjaya akan serius dengan kerjanya, akan fokus untuk memperbaiki kelemahannya dan akan mencari peluang dengan kelebihan yang dimilikinya. Orang yang fokus dengan matlamat hidupnya, tidak akan kecewa dan kecundang dengan setiap kegagalan yang menimpa. Dia akan sabar dan tabah dengan kesukaran yang dialami.

Jadi,

Dengan attitude positif ini, anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk master anda. Anda akan menulis artikel jurnal dengan sebaik mungkin walaupun anda lemah English. Anda akan bijak menguruskan kelemahan English anda, seperti menghantar proof read, minta bantuan mereka yang pakar, hadir kursus, rajin menulis kerana dengan praktikallah anda mampu memperbaiki English anda.

Orang yang ingin berjaya, bijak mengurus dan mengawal dirinya sendiri. 

Selain anda mengkaji apa-apa sahaja yang anda kaji dalam penyelidikan anda, jangan lupa untuk kaji diri anda juga. Kenali diri anda. Kita belajar bukan hanya untuk mendapatkan ilmu dalam bidang kita tu sahaja. Tetapi proses pembelajaran ini juga sepatutnya mampu mendidik diri dan peribadi kita. Kenal pasti tahap kelemahan anda, renung-renungkan kesan kelemahan anda. Fikirkan cara untuk mengatasinya.

Disini ada tips daripada pengalaman saya yang mungkin boleh dikongsikan bersama:

1. Buang rasa malu. Anda pernah dengar tak, orang putih cakap melayu. Lintang pukang? Tatabahasa berterabur? Apa yang anda rasa? Ada tak rasa nak bunuh orang putih tu sebab merosakkan bahasa kita. Tak kot. Paling-paling rasa kelakar sedikit, atau mungkin rasa kagum. Cuba bayangkan, macamtulah kalau depa dengar kita cakap. Ok, kalau orang tak putih a.k.a orang melayu yang dengar? Hmm.. Macam saya pernah bincang dulu, susah nak hidup dengan apa orang kata, kan? Cuba kalau kita tak payah fikir apa orang lain nak kata, macam lebih senang sikit kan?

2. Yakin dengan bahasa ibunda kita. Kita orang Melayu, sudah semestinya bahasa utama kita adalah bahasa Melayu, berfikir dalam bahasa Melayu, bercakap dalam Bahasa Melayu, mimpi pun dalam Bahasa Melayu. Langsung tak jadi dosa kalau kita tak pandai English.  Kita yang telah ditoktrin untuk mengangumi bahasa bangsa lain (saya bukan anti English ye). Cuba bayangkan jika Malaysia macam Jepun? Jadi jangan kerana anda tak pandai English dunia anda sudah kiamat.

3. Jangan benci English. Kadang-kadang bila kita dah tertekan sangat sebab semua benda pun tak boleh jalan sebab masalah English kita. Kita pun mulalah benci English. Mulalah jadi anak Melayu, kononnya (macam point kedua saya tu..hehe). Tanamkanlah English tu sebagai satu ilmu pada kita. Ilmu yang mesti kita belajar, sepertimana kita perlu belajar  ilmu-ilmu lain: matematik, biologi, fizik.

4. Berusahalah. Anda tiada cara lain selain usaha lebih dari orang yang lebih bijak. Usaha anda itu adalah satu proses pembelajaran yang sangat bermakna.

5. Jangan tertekan bila tengok kawan-kawan kita jauh lebih hebat Englishnya dari kita. Wahai kawan, Allah jadikan setiap makhlukNya dengan kelebihan masing-masing. Yakinlah dengan perkara ini. Yakin tak? Ke yakin tapi tetap rasa tak puas hati? Ke anda tak jumpa lagi kelebihan diri anda? Come on! Janganlah humble sangat, bukan suruh announce dekat FB pun kelebihan tu =p

6. “Practice Make Perfect”. Saya tahu, naik loya dah dengar petikan ni. Tapi itulah realitinya. Dalam mendalami apa-apa bahasa pun, anda perlu praktikkan. Jika anda ingin mahir menulis dalam English, tulislah. Biarpun first draft anda orang kata rubbish, at least you produce rubbish. Sampah pun boleh jadi sesuatu yang bernilai akhirnya, kan?

7. Akhir sekali, fokus pada kejayaan, kebaikan, kecemerlangan. Jangan biarkan ketakutan pada kegagalan, kejatuhan, kelemahan, menguasai fikiran anda hingga anda kaku beku tidak mampu berganjak dari tanah tempat anda berpijak.

Percaya dan yakinlah dengan diri anda. Tapi ingat, anda perlu sertakan kepercayaan dan keyakinan itu dengan tindakan yang bijak. Bukan melulu dan seperti tidak berakal.

Posted in Master, Master/Ijazah Sarjana, Motivasi, Pendapat | Tagged , , , | 2 Comments

Bengkel “Penulisan Makalah Jurnal” Anjuran IKIM

Masih ingat lagi entry saya yang cerita pengalaman saya menghadiri bengkel penulisan journal. Ok, tak ingat. Takpe. Boleh tengok SINI. Saya ada rumuskan apa yang saya dapat di bengkel tersebut. Kepasa sesiapa yang tak tahu lagi, IKIM sekali lagi akan menganjurkan bengkel ini pada 28-29 Februari 2012. Pendaftaran baru sahaja dibuka. Saya sangat cadangkan sesiapa yang terlibat dengan research untuk hadir bengkel ini. Kali ini, IKIM improve sikit pelaksanaan bengkel ini, dengan menambah slot bengkel di mana peserta akan lakukan praktikal penulisan. Mungkin selepas bengkel ini peserta boleh terus submit paper. Tapi untuk sampai matlamat tu, peserta perlulah ada preparation. Betul tak?

Untuk maklumat lebih lanjut boleh lawati laman web IKIM atau di bawah ni saya letakkan link brochure dan borang

Brochures:

1. http://www.ikim.gov.my/v5/file/event/20111229150112_brosur-mj.pdf

2. http://www.ikim.gov.my/v5/file/event/20120106165946_brosur_jurnal(pdf).pdf

Borang:

1. http://www.ikim.gov.my/v5/file/event/20111229150112_borang_penyertaan-mj.pdf

ps: Saya sangat-sangat nak pergi bengkel ni sekali lagi. Tapi saya ada conference di Penang 27-28hb. Kalau ada rezeki InsyaAllah saya usahakan untuk pergi. Jumpa di sana, InsyaAllah!

Posted in Career, Master, Master/Ijazah Sarjana, Motivasi | Tagged , , , | 1 Comment

Uji Iman

Beberapa hari lepas, seorang kawan saya datang bercerita dengan saya, yang dia dapat rasakan tuhan sayangkan dia, sebabnya setiap apa yang dia niat, dia mesti dapat.. Sampaikan dia nak cari calon teman hidup yang kerja kerajaan pun dia dapat. Bila dia ulang sekali lagi ‘tuhan sayangkan dia’, saya hanya jawab, Allah memang sayangkan semua hambanya, bersyukurlah.

Apa yang kawan saya ceritakan tu, memang terkesan juga diminda saya untuk beberapa hari. Setiap orang ujian keimananya berbeza, kalau kawan saya tu dapat setiap apa yang dia niatkan, saya tak rasa saya mempunyai nasib yang sama macam dia. Tak semua benda yang saya nak, saya impikan, saya akan dapat. Tapi saya tetap bersyukur dan yakin dengan apa yang ditetapkan untuk saya.

Bila kita hidup dengan pergantungan pada tuhan sepenuh jiwa kita, redha dengan setiap ketentuanNya, tidak kira apa bentuk ujian.. InsyaAllah hati kita akan tenang.

Tapi untuk memupuk jiwa yang sentiasa redha dan ikhlas, bukan perkara senang.. Syurga Allah tu bukan murah harganya.. Berusahalah!

Posted in Pendapat, Tazkirah, My Mind, Muhasabah | Tagged | 2 Comments

“Research” dan “Writing” seperti Isi dengan Kuku

Pejam celik pejam celik, tak sangka dah hampir setahun saya buat Master. Sekarang ni saya agak sibuk sebab dalam preparation untuk present proposal master saya dan conference di Penang. Oh ye, sekarang saya berada di Penang. Hari ni saya akan bertolak pulang ke JB. Conference anjuran UiTM, ermm.. Secara overall tak berapa sesuai dengan bidang saya sebab.. yelah, UiTM kan.. bidang mereka terlalu luas. Jadi conference yang dianjurkan ini merangkumi bermacam-macam bidang. Saya sendiri diselitkan dalam session Built Environment dan Menchanical Engineering. Saya pun tak sangka macam ni, first time join this conference, yang bagus tu semua paper akan masuk proceeding IEEE. Sebab tu saya join.

Sesekali pergi Conference pastikan cari tempat penginapan yang menarik. =p

Saya juga nak minta maaf, sebab belum dapat respon soalan-soalan yang diajukan dalam blog ni. Saya akan cuba reply selepas saya selesai menulis entry ini. Terima kasih pada yang bertanya dan follow this blog.

Kebelakangan ni juga banyak hal-hal diluar jangkaan yang berlaku dalam hidup saya. Hal yang agak mengganggu emosi dan perancangan hidup saya. Sedikit sebanyak mengganggu juga kelancaran Master saya. Walaupun ada beberapa perkara yang tidak dapat saya realisasikan seperti yang dirancang, tapi saya masih bersyukur sebab perkara-perkara utama masih dapat saya selesaikan. Alhamdulillah.

Hal-hal diluar jangkaan seperti inilah yang biasanya mengganggu research kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah hanya perlu bertenang. Jangan terlalu memaksa diri. Saya juga sangat bersyukur kerana supervisor saya seorang yang memahami dan boleh bertolak ansur.

Dalam kesibukan hal-hal peribadi, Alhamdulillah.. Saya berjaya submit satu journal article to an International Journal beberapa minggu lepas. Syukur sangat-sangat dan sekarang saya sedang dalam proses untuk memulakan penulisan article journal saya yang kedua. Sebenarnya saya dah buat dua draft article, tapi supervisor saya tak setuju dengan satu lagi article. Alasanya no contribution. Hmm.. Ok. Saya terima, lagipun resultnya memang masih diperingkat awal.

Bercerita pasal journal ni, inilah antara strategy saya untuk master saya kali ni. Article pertama saya adalah Review paper with preliminary result. Saya dah mula write paper ni dari January tahun ni! Draft pertama siap dalam awal Mei, submit ke supervisor. Then correction besar-besaran dan terpaksa hold sekejap sebab nak masukkan result. Saya submit semula dalam lepas raya, and masa tu proses correction berjalan. Sebenanrnya, article yang saya hantar ni adalah Special Issue, means ada deadline and ada timeline untuk publication. Berbeza jika kita hantar biasa, tempoh yang diambil untuk proses reviewing is unknown. Boleh makan berbulan-bulan, and tempoh dari first submission hingga publish boleh makan masa lebih dari setahun. Untuk Special Isssue yang saya submit ni dijangkakan tarikh publish (jika article diterima) adalah pada bulan Mei 2012.

Berbalik pada proses penulisan saya tadi, sepatutnya deadline submission adalah pada 1 November 2011, tapi pada masa tu supervisor saya kata paper saya tak ready lagi untuk di submit. Jadi dia minta saya email editor journal dan minta extension 10 hari. Tak lama lepas tu saya dapat email dari editor journal tu, yang deadline submission dah di postpone pada 1 Disember. Hu……… Kenapa ‘hu’? Saya happy jugak sebab dapat extend tapi saya tak happy sebab extend sampai sebulan. Saya boleh agak, mesti kena buat correction sampai last minit walaupun supervisor saya hanya hanya minta 10 hari.

Jangkaan saya tepat sekali, 29hb November baru saya berjaya submit dengan 9 kali proses correction dan akhir sekali sebelum submit supervisor saya minta saya email pada dia untuk dia final check abstract and conclusion. Boleh dikatakan 10 kali correction la kan? Hehe.. Apa-apa pun saya sangat berpuas hati dengan paper yang saya hantar dan saya sangat berterima kasih dengan supervisor saya sebab dia sangat-sangat membantu saya dalam proses penulisan ni. Sv saya tahu saya masih baru dan banyak yang saya tak tahu dan tak paham, jadi ada ayat yang dia tolong karangkan untuk saya. Sebelum tu memang dia suruh saya buat dulu, tapi memandangkan ayat yang saya buat tu ‘disaster’ bak kata sv saya, so, terpaksalah dia rewrite untuk saya.

Sekarang ni saya tak sabar nak tunggu respon dari journal. Moga-moga paper saya tak terus direject. Hu.. Sedih saya nanti.. Hu..

Ok, kenapa saya kata strategy? Sebabnya bila menulis pada peringkat awal ni, kita akan sedar apa-apa yang kurang dari awal lagi dan kadang-kadangan untuk menghasilkan paper tersebut kita terpaksa buat analysis atau kerja-kerja research, jadi sedikit sebanyak sebanarnya menulis ni dapat membantu kita mempercepatkan proses research kita. Cepat dan betul, insyaAllah. Jadi janganlah mengeluh jika disuruh menulis paper. Buat dengan enjoy, dan anggap ia memang tanggungjawab kita. Tulis dengan niat kita nak sampaikan ilmu yang kita ada pada masyarakat dunia.

10.22am, Penang.

Posted in Career, Master, Master/Ijazah Sarjana, Motivasi | Tagged , , | 2 Comments

Hendak seribu daya

Sabtu lepas saya datang office untuk buat kerja. Dengan penuh semangat waja melangkah keluar kereta, tiba-tiba saya diberitahu oleh seorang rakan di situ bahawa block kami tu blackout. Sedikit kecewa kerana bukan senang nak keluar rumah dan ke office dikala hujung minggu. Dahlah rumah saya agak jauh.. Hmm.. lebih kurang 10km. Jauh tak?

Tetapi memandangkan, saya telah sampai office, saya fikir juga macamana caranya saya tetap boleh do something. Laptop saya pula ada masalah battery, boleh on kurang dari 10minit tanpa wire. Setelah berfikir, saya dapat idea. Since saya perlu mendapatkan maklumat dari journal article, jadi saya on laptop, transfer articles yang ada ke dalam handphone, sediakan kertas dan pensil. That’s it! Saya dah boleh bekerja.

Waktu ni saya sangat bersyukur ada handphone yang boleh view pdf file. Dah memang itupun tujuan saya beli handphone ni, supaya saya boleh gunakan untuk urusan kerja/researh/study pada bila-bila masa. Saya sangat suka bila saya dapat maksimumkan penggunaannya.

Sebenarnya, apa-apapun keadaan kita, kesukaran, masalah, kekangan janganlah jadikannya sebagai alasan untuk kita tidak meneruskan apa yang kita dah rancang.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

Posted in Kongsi, Motivasi | 1 Comment

Kenapa saya sambung master?


Kenapa saya sambung PhD?
Kenapa saya nak jadi lecturer?
Kenapa saya nak jadi researcher?
Kenapa saya nak jadi ahli akedemik?
Kenapa saya berimpiankan title professor?
Kenapa dan Kenapa?

Percaya atau tidak, saya sendiri sebelum ini tak jumpa jawapan YANG TEPAT untuk setiap soalan-soalan tersebut. Hingga saat ini saya masih lagi mencari, walaupun saya sudah mula menjumpai jawapan-jawapan yang kelihatannya tiada ‘betul’ atau ‘salah’ tapi resultnya boleh jadi samada ‘lulus’ atau ‘gagal’.

Dah lama saya nak berkongsi mengenai topik ini, tapi biasalah alasan cliche -tak ada masa-. Kebetulan malam ni plan saya sepatutnya run coding yang supervisor saya email, tapi rupa-rupanya sv saya tak attach pun file tu dalam email. Bayangkan, sv saya dah email hari jumaat, baru hari ni saya perasan. Salah siapa? So, lepas ni kalau ada orang send attachment sila pastikan memang ada file yang diattach dan file tu adalah file yang betul.

Ok ok.. Cerita asal. Ye, soalan. Macamana saya boleh jumpa jawapan? Selama ni saya rasa jawapan saya dah baik dah, walaupun saya sendiri sebenarnya tak boleh nak write down jawapan-jawapan tu. Tapi, saya mendapat ilham, diulang, mendapat ilham mengenai jawapan ini semasa saya menghadiri Bengkel Penulisan Ilmiah: Jurnal anjuran IKIM. Saya memang sangat-sangat bersyukur sebab diberi ruang untuk attend kursus ini. Saya memang ada dengar iklan ni di radio, tapi bila dengar yuran yang nampak macam mahal (RM350) terus batalkan niat. Ada seorang kawan saya yang bersungguh untuk pergi dan warwarkan pada saya dan kawan-kawan yang lain. Kebetulan, fakulti saya ada bajet lebih dan boleh hantar staf cuti belajar ke kursus. Jadi saya ambillah peluang ni. Serius, talks yang diberikan oleh ahli panel betul-betul menyentuh minda dan hati saya. Terlalu banyak yang saya dapat, dan apa yang saya dapat tu saya cernakan lagi setelah tamat bengkel. Dari situlah, saya mula menemui jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut. Macamana saya yakin jawapan-jawapan tu akan meluluskan saya? =) Kerana saya sudah mula pandai bertenang dan redha dengan apa yang saya buat. Waahh.. memang susah nak fahamkan?..

Ok, saya kongsi sedikit apa yang saya dapat sepanjang kursus tu. (Walaupun namanya bengkel penulisan jurnal tapi ia tidak hanya fokus pada teknikal penulisan, peserta juga diberi kefahaman apa tujuan menulis dan hala tuju penulisan).

1. Untuk jadi ahli akedemik/academia, kamu mesti suka menulis. Jika tidak, kamu masih belum terlambat untuk menarik diri. Well, jangan panik. Kenapa tarik diri? Jika kamu tidak minat menulis, bukan bermakna kamu tak boleh jadi academia, TETAPI kamu hanya boleh jadi academia yang biasa-biasa je dan tiada sumbangan maksimum pada agama, negara dan masyarakat. Menulis ni boleh dipupuk, so no worries.

2. Nak menulis, kamu kena banyak membaca. Saya teringat soalan, dari seorang ahli panel iaitu Rector UIAM, Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin. Beliau tanya siapa yang membaca sebelum tidur? Dan paling saya tak boleh lupa, ada yang jawab, “Baca tiga qul?”. Ok, selingan je tu.

3. Niat kena ikhlas. Ini paling penting. Niat untuk sebarkan ilmu bukan untuk kepentingan sendiri.

4. Kena sentiasa tolong-menolong, tiada istilah dengki-mendengki.

Point 3 dan 4 saya ada simpulkan dan letak di status FB saya;

Untuk menjadi reseacher yg hebat kita kena saling bantu-membantu dan saling memberi dorongan. Sentiasalah berbincang disamping mengambil tahu research orang lain. Sebagai acedemia tiada istilah ‘research aku, research aku.. research ko, research ko’. Academia tidak boleh dilihat sebagai kerjaya semata-mata tapi sebagai kelompok ilmuan dan cendekiawan yang mampu menginjak taraf ketamadunan sesebuah masyarakat. Martabat orang berilmu juga diletakkan di satu taraf yang tinggi dalam Islam. Jadi, laksanakanlah amanah ini dengan sebaiknya dan seikhlasnya.

Sebenarnya banyal lagi yang saya dapat, tapi saya perlukan masa untuk terjemahkan dalam bentuk tulisan. Mungkin entry lain saya akan selit-selitkan juga points yang saya dapat dari bengkel tu.

Ok, kesimpulannya, walaupun tak banyak yang saya kongsikan tapi itu bukan yang paling penting. Apa yang penting ialah:

1. Carilah jawapan untuk soalan-soalan tersebut. Peranan saya di sini hanya menyedarkan teman-teman sekelian bahawa kita perlu ada MATLAMAT YANG JELAS untuk setiap bidang yang kita ceburi. Masih belum ada? Tak mengapa, tiba masanya untuk kita menemukan jawapan-jawapan tersebut. Tahniah, anda sudah ada kesedaran, insyaAllah anda bakal menjadi Prof yang berjaya dunia dan akhirat. “Ada aku kisah?”, jika ini yang terlintas difikiran anda, maafkan saya, peranan anda dalam bidang akademik ini hanyalah sebagai penyeri majlis!

2. Rajin-rajinlah mendengar dan berguru daripada orang-orang yang berpengalaman, yang berjaya atau sesiapa sahaja yang boleh memberi input positif. Jangan malas pergi kurus dan kalau pergi tu janganlah menerima bulat-bulat sahaja, gunakan segala kuasa minda anda untuk memproses setiap maklumat yang anda dapat. BERFIKIRLAH SECARA KRITIS!

3. Kamu mesti gembira dan bahagia dengan apa yang kamu buat. Jika tidak. YOU NEED TO DO SOMETHING!

4. Ahli akedemik atau ahli sarjana ni tinggi martabatnya. Orang berilmu kan memang Allah letak ditempat yang tinggi. Tapi itu jika niatnya betul. Jika tidak, wallahua’lam.

Posted in Career, Kongsi, Master, Master/Ijazah Sarjana, Motivasi, Pendapat | Tagged | 2 Comments

Adab dalam research

“Ko tau tak paper ko dah publish?, tapi nama ko takde”

Teetttt.. Berderau gak darah saya bila kawan saya yang sama-sama belajar di bawah supervisor yang sama dulu, call saya tadi. Kawan saya ni baru je lepas konvo. Rezeki dia. Sekarang dah sambung PhD di salah sebuah Univ tempatan.

Agak-agak apalah perasaan kita, bila tengok paper yang kita tulis, research yang kita buat, orang lain yang publish tanpa letak nama kita? Kalau nak tau kisah master saya boleh baca di sini. Pedih juga ulu hati tengok hasil kerja kita tanpa nama kita ni. Tapi apa lagi yang saya boleh buat. Itu pilihan saya. Sebenarnya, ada juga terlintas, kalau saya sabar sikit lagi dulu, mesti saya dah konvo gak. Haish.. tak baik, tak baik. Setiap apa yang berlaku tu mesti ada sebab musababnya. Mana  saya tahu yang saya akan konvo? Mungkin paper tu tak publish pun. Bila difikir-fikirkan balik, baguslah.. Sekurang-kurangnya, saya tak bekerja dengan orang yang tidak memahami adab dan tatasuli menuntu ilmu. Maaf, jika ayat saya agak kasar. Tapi apa lagi perkataan yang paling sesuai untuk saya gambarkan dengan orang sebegini?

Saya sendiri tak pasti apa nama yang diberi untuk issue berkaitan pengguguran nama ni. Yang saya tahu, Boncengan Gratis. Tapi itu dah issue lain. Mungkin.

Untuk kes saya ni, memang saya yang tulis paper tu, hantar ke journal, dalam bulan 7 2009 sebelum saya pindah ke Johor. Saya dapat comment dari reviewer dalam bulan 11 or 12, dan saya submit semula dalam bulan 1 2010. Dapat lagi comment dalam bulan 5 or 6 2010, saya buat sedikit dan tak lama lepas tu saya decide untuk quit master saya atas sebab2 yang telah saya ceritaka sebelum ni. Masa saya nak quit tu, memang banyak sangat conflictnya, Supervisor saya minta semua data-data saya dan katanya akan tukar corresponding author (individu yang berurusan dengan pihak editor journal). Sebelum tu, haruslah saya yang jadi corresponding author. Selepas saya dah email segala alam data, paper, sekali lagi dia minta benda yang sama. Tapi kali ni melalui RA pulak. Haruslah yang saya hantar tu dia tak ingat letak mana. Hehe.. Lepas tu terus senyap..

Tup..tup.. saya dah dapat tahu, paper saya sudah dipublish. Memang salute lah kan. Setelah saya check, mereka dah tukar analysis, guna cara yang sama cuma kena run semula sebab saya tak bagi data result yang saya dapat kecuali raw data (Saya buat research EEG, signal processing). So dia run, and buat statistical analysis semula. Semua ni RA pak arab yang buat, 2orang. Co-supervisor saya medical Dr, maybe dia contribute dalam discussion dan result enterpretation yang hampir 90% idea asal dari saya. Main supervisor? Entah lah. No idea. Cuma ada beberapa kemusykilan disini, macamana dia boleh extract raw data tu sedangkan saya tak bagi ‘time segmentation’ yang diperlukan sebelum proses data tu. Hmm.. Kagum juga. Ke saya ada bagi. Entahlah.

Akhirnya, mungkin kerana terlalu tidak berpuas hati dengan tindakan saya untuk quit, dan hal2 lain, jadi nama saya digugurkan dari pada paper tersebut. Bila baca2 balik paper tu, ada index/parameter yang saya pecah kepala fikir dan akhirnya mereka gunakan dengan bahagianya. Siap formula yang saya reproduce dalam bentuk yang lebih engineering turut digunakan. Usah tanya tentang figure, juga saya produce sendiri.. Terkulat2 membuatnya.

Saya tahu, mereka juga turut menyumbang dalam penulisan paper ini. Jadi nama mereka memang selayaknya ada. Tapi tak boleh lupa, saya juga adalah penyumbang kepada penjayaan paper ini, malah penyumbang terbesar mungkin. Jika seseorang academia itu profesional, dan menghargai sumbangan ahli lain dalam ilmu tersebut tidak kira lah apa sahaja yang berlaku, pasti mereka tidak tergamak untuk menggugurkan nama ahli tersebut. Inilah yang saya kagum dalam dunia akademik dan kesarjanaan ini, seseorang ahli akademik boleh ‘mencuri’, ‘membunuh’ mahupun ‘merompak’, tapi tiada apa yang boleh dilakukan, tiada mahkamah yang boleh mendakwa. Hebat bukan?

Semoga ini menjadi pengalaman yang amat bermakna dalam hidup saya. Selama ini hanya mendengar cerita orang, dan akhirnya terkena batang hidung sendiri. Kita yang berada dalam bidang academic ini, merupaka satu golongan yang tinggi martabatnya disisi tuhan, kerana kita adalah golongan ilmuan, golongan cendekiawan, golongan yang menyanjung ilmu, yang menyebarkan ilmu, yang menggali khazanah ilmu (samada sedar atau tidak, jika belum sekarang InsyaAllah akan datang). Setiap apa yang kita lakukan dalam bidang ini sepatutnya ikhlas, kerana kita cintakan ilmu itu, kerana kita ingin ilmu itu tersebar dan dimanfaatkan, dan moga dengan tersebarnya ilmu2 yang baik, manusia akan lebih dekat dengan penciptanya. Mudah-mudahan kita sentiasa ikhlas dengan apa yang kita lakukan.

Saya juga sepatutnya ikhlas, tanpa mengharap nama saya ditulis di mana2 paper. Bolehkah begitu?

Ada satu masa seorang kawan saya sedang dalam keadaan yang sangat down dengan masternya, betul2 down, sampai rasa nak quit. Masa tu saya bagitahu dia lebih kurang begini;

“Orang yang berilmu ni martabat dia tinggi, sebab tu banyak dugaannya”

Ntah dari mana saya dapat idea nak buat ayat tu pun saya tak tahu, tujuannya nak tenangkan kawan saya tu je. Akhirnya saya sendiri pun terkesan jugak. Terkesan dengan ayat sendiri. Boleh ke? Yelah, Ingat senang nak jadi orang yang tinggi martabatnya, mestilah banyak ujian dan dugaan..

Posted in Career, Kongsi, Master, Master/Ijazah Sarjana, Motivasi | Tagged | 3 Comments

Hidup masih belum stabil? Penuh masalah? Stress?

Usia dah nak mencecah 30, universiti dah lama tinggal, tapi hidup masih tak stabil2 lagi. Haih.. Saya rasa mungkin ramai nasibnya begini. Nak tambah tragic lagi, master dah bertahun tak habis2, yang phd lagi parah, nak kahwin duit tak cukup2, yang dah kahwin lagi lah duit tak pernah cukup, tengok orang lain dah sibuk kumpul harta, kita kumpul apa? Kumpul hutang? Adeh!

Kalau kamu antara yang berada dalam situasi ini, pertama sekali kamu mesti BERTENANG! Tarik nafas dalam2, dan bersedia untuk bertindak dengan lebih bijak. Peraturan penting yang kedua, jangan bandingkan diri kamu dengan kejayaan orang lain. Kalau tak, memang lagi stress! Saya ni bukanlah bijak bestari untuk bagi nasihat, tapi seperti tema blog ini, ‘Learn From Experience’. Hmm.. Saya sendiri tidak segan nak mengaku yang hidup saya masih belum stabil lagi, kadang-kadang rasa dah nak stabil dah, sekali gedebuk! jatuh balik.. Lalu bertatih-tatihlah bangun semula.

Saya ada seorang kawan yang pernah keluarkan ayat lebih kurang macamni, “Hidup aku selama ni smooth je, takde apa2 masalah pun, kalau aku kahwin dengan dia hari tu, memang setle je semua”.

Selepas kawan saya ni keluarkan statement ni, saya terfikir, ada jugak orang yang hidupnya smooth je ye. Bertuahnya badan. Tapi kalau kamu semua nak tahu, kawan saya tu ditimpa masalah percintaan yang baginya sangat serius sampai mengganggu jiwa raganya. Sedangkan bagi saya, masalah dia tu taklah sebesar mana pun dan tidak sepatutnya boleh effect mental dan fizikal kita. See, macamtulah tuhan mengatur perjalanan makhluknya. Setiap manusia ada jalan hidup masing2 dan jalan itulah InsyaAllah jalan yang terbaik untuk kita.

Ada orang masalahnya begini, ada orang masalahnya begitu. Ada orang hidupnya dari kecil penuh masalah, sampai dia sendiri lupa bila time hidup dia tak ada masalah. Jadi, jika kamu ditakdirkan memang dari kecil tak pernah berpisah dari masalah, dan pada masa ini kamu masih boleh duduk mengadap blog sambil meratah kerepek, dan curi2 time chating di FB atau YM, siap Tweet2 lagi, tu maknanya kamu mesti BERSYUKUR! Dan kadang2 jika masalah bertimpa2 datang, boleh lah pujuk2 hati kamu tu, yang ujian2 ni diberi pada orang2 yang mampu menanggungnye sahaja. Ini bermakna kamu memang kuat dan kamu adalah insan TERPILIH! Tapi diam2 jelah, pujuk dalam hati.. takyah lah pergi letak kat status FB “Hiduku penuh ranjau dan liku, sesungguhnya akulah insan terpilih, Ye aku kuat!” Adeh!

Satu perkara lagi, jangan terlalu melayan perasaan. Cuba lawan perasaan2 yang tak sepatutnya mengganggu kita tu. Contohnya, rasa diperlekehkan, dipandang rendah, orang tak suka kita, kawan2 lupakan kita, rasa rendah diri yang melampau, terasa dengan kata2 kawan atau orang sekeliling. Saya tahu, ada manusia yang dilahirkan siap2 dah ada dah perasaan terlalu sensitif. Tapi belajarlah untuk kawal perasaan tu, memang susah memang payah, saya paham (aku ni terlebih sensitif ke? hu) dan yang penting kamu kena kenal diri kamu betul2. Ini tak, ramai je yang over2 sensitif ni tak tahu pun dia tu over sensitif, kita yang dekat keliling ni penat nak jaga sensitif dia, last2 kita yang makan hati. hu.. Bila umur dah makin meningkat tu, lagilah kena pandai2 manage emosi kita.

Satu lagi perkara yang agak penting, hmm.. ‘hidup dengan apa orang kata’. Cuba tanya diri kita berapa banyak keputusan yang kita buat dalam hidup kita ni melibatkan “Apa orang kata?”, Ke takde? memang semua yang kita decide tak kesah lah apa orang nak cakap. Yeke? Kalau ye, syabas lah! Memang I salute! tapi hakikatnya kita sendiri yang tahu. Hidup dengan apa orang kata ni memang pressure tau. Contohnya saya, yang buat master tak habis2 ni.. kalau fikir apa orang kata memang panas je rasa, tapi bila saya fikir lebih jauh dan lebih matang, relek je. No hal lah.. Nak usaha pun sebab kesedaran sendiri, kehendak sendiri bukan kehendak makhluk sekitar! (Kecuali kehendak majikan..hu) =p

So, hiduplah dengan happy di luar dan di dalam, anggap je masalah tu cabaran hidup. Ye, saya tahu.. Cakap memang senang. Tapi percayalah, nak buat pun senang. Cuma mahu atau tak mahu je. Setiap orang ada masalah masing2, ia hanya bergantung pada macamana kita handle masalah tu. Besar atau tak masalah tu bergantung pada penerimaan individu tu sendiri.

Saya cadangkan 1. banyak2kan membaca buku2 motivasi atau self help. Untuk saya memang sangat membantu, walaupun ia kadang2 bantuan bermusim.

Separuh dari buku2 ni saya tak sentuh pun lagi, siap berbalut lagi walaupun beli dah berkurun. Beli buku baru, baca yang baru tu dulu, ikut keperluan semasa. Itu namanya bantuan bermusim. Hu.. Buku pun InsyaAllah habis dibaca. Ok, bagi yang tak suka membaca, aish.. buang jauh2 mind set tu. Mulakan sekarang untuk membaca. Beli buku2 yang simple dulu. Toksahlah pergi beli buku yang gah2 dulu, lagi2 kalau kamu kurang mahir berbahasa inggeris, kang lagi tambah stress sebab dah mula rasa “aku tak pandai english.. huhu” .. Allah..

Selain membaca kita juga boleh 2. dengar ceramah2 motivasi di radio ke, internet ke, tv ke.. Dan yang penting kamu 3. mesti percaya diri kamu, 4. sayang diri kamu dan 5. Jangan give up.. CAUSE YOU’RE AMAZING JUST THE WAY YOU ARE!!!

Walaupun saya tak nyatakan secara bernombor tapi saya yakin kita semua dah tahu dan dah sedar yang apa2 pun usaha kita doalah yang paling penting.. Berdoa memohon pada yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. Berdoalah kawan2, jangan putus asa.

ps: Saya sangat suka dengar masalah orang  and really hope dapat bantu walaupun tak dapat selesaikan masalah tu, atleast dia lega.. =)

Posted in Kongsi, Motivasi, Pendapat | Tagged | 15 Comments

Apa beza Conference dan Journal?

Soalan ni antara soalan yang paling kerap saya dengar. Terutama dari orang yang baru dalam dunia research. So, saya tergeraklah nak share sedikit apa yang saya tahu.

Conference, Journal, ISI, Scopus, IEEE, Impact Factor, waaahh.. Kalau takde idea memang boleh pening kepala. Tapi takpelah, slow2.. Lama-lama nanti InsyaAllah kacang je semua ni. Bukan kacang nak buat, kacang je nak paham. He.. Saya akan terangkan semuanya dalam bahasa yang mudah je, kalau nak bahasa rasmi boleh lah search dekat website2 rasmi.

Ok, conference ni sebenarnya satu persidangan yang mengumpulkan semua researchers dalam bidang yang sama. Setiap researcher akan membentangkan research masing2 mengikut format yang telah ditetapkan. Kalau tak nak bentang pun boleh, datang sebagai pendengar je. Conference ni biasanya di organize oleh Universiti2, itu biasanyalah dan biasanya juga diorang akan buat collaboration dengan universiti2 atau badan2 lain. Nak join conference ni, ada step die:

1. Tulis paper. Biasanya tak banyak pun, 4-6 muka surat macam tu. Walaubagaimanapun, ia bergantung pada organizer. Conference ni kita hanya ambik sikit je result daripada research kita, satu bahagian kecil. Beza dengan journal. Cuba baca contoh2 paper conference yang berkaitan dengan research kite, then insyaAllah akan dapat idea.  [Di website conference tu, boleh cari link 'Guide for Author' atau 'Authors Instruction' atau yang sewaktu dengannya]

2. Submit paper sebelum deadline ikut format yang ditetapkan. Biasanya deadline akan extend. So, jangan risau lah kalau macam tak siap lagi bila dah nak dekat deadline yang first tu. he.. Kadang2 memang boleh extend 3-4 kali. First extension memang boleh sampai sebulan, second and 3rd maybe seminggu or 2 minggu.. Ada juga yang extend sampai 2 bulan! [Tarikh2 deadline ni boleh check pada link 'Important Dates' atau 'Call for Papers'

3. Lepas tu tunggu Acceptance atau Rejection email dari organizer. Biasanya, insyaAllah akan diterima kalau buat ikut format, conference yang betul.. Jaranglah kena reject. Tapi, huhu.. ada juga yang kena reject. Nanti saya akan cerita pengalaman saya kena reject paper conference pada entry lain. huhu.. Sedeh..

4. Lepas Accepted, buat lah apa yang disuruh, nak kena buat correction ke, resubmit ke, ikut je. Then, kita akan dapat surat dari organizer conference.

5. Then, boleh lah uruskan pembayaran yuran. Biasanya, yuran ni kita apply lah dari grant ke, faculty ke. Kalau tak submit paper pun boleh juga join, tapi still kena bayar yuran. Pergi usha2 pak2 dan mak2 arab jelah. haha..

6. Lepas confirm payment, kita akan dapat jadual bila kite present. Then, preparelah slide presentation kamu atau poster, bergantung pada conference.

7. Selepas present, sesetengah conference akan jilidkan semua paper2 yang dibentang dalam conference tu. Maka jadilah 'Conference Proceeding' yang papar2 dalam tu, orang biasa panggil, paper conference lah, paper proceeding lah.

Ok, selesai untuk Conference. Nanti saya explain, macamana nak pilih conference yang bagus dan berkualiti or maybe entry lain.. Cewaah, macam pandai sangat.. haha..

Untuk journal pulak.

1. Tulis paper ikut format. Journal ni sangat jauh lebih detail daripada paper conference and lagi panjang lah karangannya, lebih kurang 20pages. Kadang2 satu thesis master tu boleh ditulis in satu journal paper.

2. Then, submit ke Journal yang kamu dah pilih, yang sesuai topicnya, yang berkualiti.

3. Tunggu respon, samada kena reject or kena buat correction. Nak tunggu respon ni lama gak, bergantung pada journal tu. Biasanya dalam sebulan or 2 bulan. Kalau kena reject cepat je, seminggu pun boleh. [Saya lah tu yang pernah kena reject tak samapi seminggu pun... huhu]

4. Lepas tu buat lah ikut apa yang disuruh oleh reviewers, correction ke hape ke, and submit semula. Nanti maybe dapat 2nd or 3rd correction. Process dia mmg lama, boleh makan tahun. So, bersabarlah ye.

5. Paper yang dah diaccept akan dibukukan bersama paper2 lain dan ia di paggil JOURNAL. So, paper2 dalam journal tu, orang panggil journal paper, or journal article. Journal ni jaaaaaauh lagi susah dari conference. Journal ni yang orang pandang, dan orang nilai, bukan conference.

Untuk submit di Journal juga, biasanya tak perlu bayar apa2. Ada juga yang kena bayar, so tak payah lah gatal2 nak anta yang berbayar tu. Cari yang free je, melambak.. hu.. Kalau tak bayar apa2, apa yang orang2 journal tu dapat? Hmm.. Dapat nama kot. hehe.. Itulah namanya research. Taraf researcher tu dinilai daripada berapa banyak sumbangan mereka dalam penghasilan journal. Ini bahasa mudah lah. Tapi ia tak semudah itu. So, prof jangan marah eh..

Banyak lagi yang saya nak explain, tapi dah time untuk saya baca journal pulak. Hu.. Ada task yang perlu diselesaikan minggu ni. Sebelum tu, ni contoh Conference paper dan Journal paper.

Conference: Biasanya dia letak nama conference macam yang saya underline biru.

Tapi kebanyakannya juga, tak letak apa2.. Tp cuba tengok dekat bahagia bawah page, kadang ada diletak sedikit info juga. Dan yang kalau takde apa2 info ni, biasanya conference atau article2 bebas.


Journal: Ini contoh Journal Paper. Tengok yang saya underline biru. Itu nama journal ni. “91″ tu volume dia. Jilid kot dalam bahasa melayu. So, nak tau paper tu journal ke tak, mesti dia letak nama journal tu. Yang gambar pokok tepi tu, Elsevier, adalah nama website yang mengumpulkan journal2 yang terpilih. Kira database journal lah. Cam library gitu.

Ok. Jumpa lagi.

Salam.

Posted in Master, Master/Ijazah Sarjana | 4 Comments